KERJA HAKIKI & BISNES ONLINE, KEDUA-DUANYA ATAU SALAH SATU?
Haalluuu... Apa khabar warga alam maya? Sihat? Min & family alhamdulillah baik-baik aje..
Anak-anak baru je sembuh dari influenza, syukur keadaan terkawal walaupun apak diorang (baba) jauh di perairan sana... ada juga lah hiccup, al-maklum handle sendiri tapi Allah bantu dengan banyak kemudahan.
Ok lah sebelum meleret, Min nak share sedikit sebanyak perjalanan Min dalam menjana income. Sebelum Min ada pekerjaan tetap, Min telah berjinak-jinak dalam bisnes online dari tahun 2016. Ngam-ngam sebelum company Min shutdown, Min berhentikan diri sendiri & decide untuk menetap bersama suami di Paka, Terengganu. PJJ ( perkahwinan jarak jauh) dengan suami selama 1 tahun 4 bulan Min ambil keputusan untuk duduk bersama suami.
Sejak dari bangku sekolah dah pandai cari duit, ambil upah menyembat baju kurung, bekerja sebagai shampoo girl di saloon, bekerja di taska kanak-kanak, jadi bila tiada pendapatan dek kerana dah terbiasa pegang duit sendiri, makanya Min pun cuba berjinak-jinak untuk berbisnes.
Macam cacing kepanasan duduk dirumah tak buat apa-apa meskipun rezeki kami berdua diwaktu itu cukup serba serbi. Zaman dulu mana lah ada bisnes online ni, semua bisnes yang kena berdepan dengan customer dan alam nyata. Syukurlah dengan pengalaman yang tidak seberapa Min boleh lah diguna pakai juga.
Kebetulan masa tu isteri kepada sahabat suami menceburi perniagaan online kosmetik. Beliau mengeluarkan produk kosmetik jenama SHERS iaitu lipstick yang mesra wudhu dan halal. Lipstick & wanita berpisah tiada, orang cakap tak make up takpe, asalkan bibir tu jangan pucat.
Menyahut cabaran suara hati sendiri Min pun pinjam modal dari suami & mulakan bisnes online. Habis diseluruh pelosok social media Min promote kan produk tersebut & alhamdulillah berjaya lah cari income sendiri waktu itu. Tak banyak mana pun, tapi kepuasan dapat cari duit sendiri itu maha nikmat. Kebutuhan untuk Min bekerja di waktu itu pun tak terlalu mendesak kerana kami tiada apa-apa komitmen dan keewangan kami masih baik.
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di waktu makan tengahari. Makin lama lambakan penjual produk kosmetik semakin banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Semuanya berkonsep bisnes online dan secara tak lansung memberi peluang kepada suri dan sura rumah mencari pendapatan sampingan.
Dek kerana terlalu banyak sangat founder kosmestik, produk kawan Min yang tiada nama dalam industri makin dipandang sepi & tidak lagi mendapat sambutan. Masyarakat lebih tertumpu kepada local brand yang dikeluarkan oleh artis-artis. Makanya bisnes online Min yang pertama "gagal". Stock ditangan ada yang disedekah kan dan ada juga terbuang begitu sahaja.
Namun, Min tidak berhenti situ. Satu persatu bisnes online Min ceburi, dari menjual sarang burung, homemade cookies & cakes buatan sendiri, buatan orang, menjual kain kaftan, kain pasang sutera terengganu, keropok lekor & personal shopper untuk handbag berjenama.
Semua Min cuba... Dan Allah kata it's not the time yet. Bukan tak dapat duit tapi masa tu sekadar lepas buat duit kopi. Min pun mulakan pencarian mencari kerja tetap sehinggalah Min terpilih untuk menjadi salah seorang cikgu di tadika Brainy Bunch cawangan Dungun.
Dan selepas beberapa bulan cukup 3 tahun beberapa bulan usia perkahwinan kami, Min disahkan mengandung. Makanya, berhenti terus kerja & fokus untuk menjaga kandungan. Masa tu Min ada sedikit masalah kesihatan, jadi Min & suami ambik keputusan untuk Min utamakan kandungan.
Jobless lah kembali diri ini.....
Akan tetapi.... pengakhiran di ketika itu tidak kusangkakan permulaan kepada bisnes online yang sangat gempak Min ceburi.
jeng.... jeng....
Bisnes online apa tu erk...
Tahun pertama masa mengandung, Min sekadar ambil sebagai pelengkap nutrisi di waktu mengandung. Belum berminat nak daftar sebagai ahli tapi sudah pun in love & menjadi pengguna tegar produk Shaklee.
Shaklee effect dia sumpah best weiii... Dari segi tahap kesihatan sebelum & selepas mengandung, hormon makin stabil, kulit makin sihat & kualiti hidup semakin membaik. Bayangkan lah nak selsema setahun sekali pun payah. Entahlaa.. masa tu masih tak daftar juga sebagai ahli, sehinggalah yuran ahli dari Rm70+++ jadi Rm35 terus Min sign up kan diri dengan sahabat baik Min yang juga orang sama perkenalkan produk ni kepada Min.
Oh btw, sebelum ni Min gunakan amway sejak dari sekolah rendah, akan tetapi selepas merasakan perbezaan produk tu sendiri, terus dengan arwah Mak Min yang dah makan amway berpuluh tahun surrender & tabik hormat pada shaklee effect yang arwah Mak sendiri rasa.
Minat nak menceburi bisnes online tu membuak balik sebab Min yakin dengan produk yang Min guna & masyarakat sekarang pun dah semakin cakna tentang kepentingan mengambil supplement.
Banyak yang berjaya dengan Shaklee ni adalah kerana mereka sendiri dah cuba produk tersebut. Jadi mereka berjual berdasarkan kesan pada diri sendiri kerana mereka adalah testimoni yang realisitik.
Macam mana tak syiok kan?
Disebabkan Min dah guna hampir kesemua produk Shaklee, dengan mudahnya Min dapat yakinkan beberapa artis tempatan tanah air kita, antaranya Sazzy Falak & Ain Sufi (isteri kepada Sufie Rashid) untuk cuba produk Shaklee.
Even adik Rozita Che Wan, Jaja Che Wan pernah beli dari Min. Cuma masih belum terbuka hati beliau untuk menjadi ahli 😊.
Doakan Min ya?
KENAPA SHAKLEE ADALAH BISNES ONLINE TERBAIK?
- Bisnes Shaklee tidak perlu pegang stock.
- Tidak memerlukan modal yang besar, hanya bermodalkan rm35 & keyakinan berserta usaha anda sahaja.
- Diri anda adalah testimoni terbaik untuk menjual produk Shaklee.
- Sistem pembelian & pendaftaran secara online yang sangat mudah & pantas.
- Produk yang dijamin halal.
- Bisnes online yang patuh syariah.
- Antara produk makanan tambahan yang termurah di pasaran.
- Produk yang berkualiti tinggi & dijamin keberkesanannya.
- Ada diantara produk Shaklee sudah beratus tahun di hasilkan.
- Leap Bunny approved.
- Pengguna boleh beli secara terus di cawangan Shaklee yang berhampiran.
- Produk yang terkenal & lama di pasaran.
- Bimbingan dari pakar nutrisi Shaklee & juga upline-upline senior.
- Kelas & seminar percuma sebagai bimbingan.
Jadi tunggu apa lagi? Rebutlah peluang sekarang. Walaupun sekarang Min dah punya kerja hakiki, namun ia tidak mematahkan semangat Min untuk terus berusaha lebih lagi dengan Shaklee. Sebab apa? Sebab peluang yang Shaklee tawarkan itu terlalu hebat.
Bukan setakat bonus bulanan je berkepuk. Siapa yang effective dengan jayanya layak untuk menerima beberapa incentive seperti trip keluar negara, car bonus yang bila mana Shaklee berikan bonus khas untuk adalah memiliki kereta idaman tanpa menyentuh bonus tetap.
Gempak kan?
Jadi tunggu apa lagi? Bulan ni Shaklee buat promo free ahli untuk belian rm99. Sambil consume terus auto free jadi ahli, cepat lah grab promo bulan ni geng...!!
Sila klik pautan ini ya gang :
shorturl.at/yT146 .
Love's
Min.
Your Trusted SID Shaklee
Siti Aminah Ahmadi
ID: 1374119
Whatsapp : +60136963018
#JutawanBlogger
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeJB
bertuahnya min. Good luck darling
ReplyDelete