PROMO SET RAHMAH SHAKLEE!KULIT CANTIK & KULIT SIHAT!!! #VITAMINKULIT

 

                                                                #vitaminkulithargarahmah


Pejam celik, pejam celik.. Dah masuk hari ke-17 umat islam berpuasa. Sudah 8 hari juga Shaklee menawarkan Set Rahmah seiring menyambut seruan kerajaan Malaysia Madani. Boleh dikatakan promosi dari Shaklee kali ini agak memeranjatkan, belum pernah Shaklee menawarkan set kulit cantik merangkap set serba guna untuk bulan puasa.

Nak tahu apa yang menarik pasal set rahmah kali ini? Sebelum ia dikenali sebagai set rahmah, Shaklee menamakan ia sebagai set kulit cantik (bajet) buat beginner yang nak cuba menggunakan Shaklee & dalam masa yang sama menghadapi masalah kulit. 

Terlalu banyak faktor yang mempengaruhi masalah kulit antaranya :



Kekurangan vitamin.

  • Masih ramai di kalangan masyarkat kita yang tidak cakna akan pentingnya vitaman/makanan tambahan/supplement bagi membatu kesihatan dalaman kulit.
  • Penggunaan vitamin yang betul dapat membantu kesihatan kulit dari dalam dan seterusnya dapat mencegah penuaan sebelum usia.
  • Kurangnya vitamin dalam tubuh badan dapat dilihat melalui kesihatan luaran kulit. Kulit akan menjadi lebih kusam, kering, tidak sihat, merekah serta mudah mengalami alahan.
  • Ia juga dapat memberikan masalah kulit dari tahap biasa kepada lebih serius kerana kulit tidak mendapat perlindungan dari makanan dan sumber yang sebaiknya.
  • Pengambilan vitamin disamping penjagaan makanan atau diet yang betul dapat memberikan nutrisi yang terlompong untuk menjana  kesihatan kulit.

Tiada rutin penjagaan kulit @ penjagaan kulit yang tidak konsisten.

  • Kekangan waktu atau terlalu sibuk menguruskan rumah tangga disamping menjadi seorang yang berkerjaya menyebabkan wanita/lelaki tidak dapat memberikan fokus kepada penjagaan kulit dengan baik.
  • Adakala kita akan terlepas rutin penjagaan kulit yang asas seperti membasuh muka, penggunaan pelembap & juga pelindung matahari @ sunscreen.
  • Tiada atau tidak berdisiplin dalam rutin penjagaan kulit akan memberikan impak besar kepada diri seseorang apabila kulit tidak lagi bermaya, kusam, berjerawat dan ia boleh membuatkan seseorang hilang keyakinan diri.
  • Seharusnya kita perlu disiplin dalam rutin penjagaan kulit setidaknya kita wajib mempraktiskan rutin asan penjagaan kulit seperti membasuh muka, penggunaan, pelembap & juga pelindung matahari.









Penyalahgunaan produk bermekuri, kandungan yang mempunyai paraben, SLES & SLA  juga tinggi bahan kimia serta produk kecantikkan yang tidak sesuai dengan kulit.


  • Kecantikkan segera semakin digilai ramai. Penggunaan produk bermerkuri & terlarang menjadi pilihan kebanyakkan masyarakat hanya untuk cepat cantik dalam tempoh singkat.
  • Tanpa memeriksa label, asal usul produk & juga cara pembikinan, masyarakat senang tergoda dengan iklan-iklan yang ditayangkan dengan konsep "kesan seawal 1 minggu".
  • Ya benar, terdapat beberapa produk kecantikkan yang berdaftar mampu memberikan kesan awal namun tidak glowing seperti yang dimahukan.
  • Ramai yang taksub untuk putih, licin bak kaca & glowing tanpa memikirkan produk tersebut telah pun menipiskan lapisan kulit.
  • Sedangkan produk kecantikkan yang terjamin elok adalah yang tidak memberikan penipisan kulit, glowing yang tidak melampau serta tidak mengubah warna asal kulit wajah.
  • Dek kerana kepingin putih, tanpa kita sedar kita  memudaratkan diri sendiri.
  • Ada juga yang memilih poduk di kaunter-kaunter farmasi hanya kerana melihat rakan sekerja atau kenalan gunakan produk tersebut berkesan.
  • Dengan tidak merujuk kepada yang arif atau pakar kecantikkan yang bertauliah, ramai yang semberonon memcuba segala produk dipasaran hanya melihat orang lain guna berkesan.
  • Setiap dari kita mempunyai nilai dan tahap kesihatan kulit yang berbeza, seharusnya kita merujuk kepada yang pakar bagi mengelak kesan jangka panjang.





Pencemaran debu.


  • Pendedahan kepada persekitaran yang berdebu atas faktor kerja atau kawasan perumahan yang berhampiran dengan kawasan perindustrian menjadi salah satu faktor kerosakkan kulit.
  • Penyumbatan di dalam liang-liang pori muka menyebabkan kulit senang tumbuh jerawat serta mengalami alahan
  • Justeru itu, penjagaan kulit asas tidak mencukupi dan haruslah di tambahkan dengan kadar kekerapan membersihkan muka dengan kerap.


Masalah hormon & juga stress.


  • Antara faktor lain yang menyumbang kepada masalah kulit adalah hormon yang tidak stabil dan juga tekanan dalam kehidupan seharian.
  • Masalah hormon ini juga dialami oleh lelaki tanpa mereka sedari.
  • Jika dilihat lelaki yang mempunyai jerawat batu serta muka yang berminyak yang berlebihan ianya adalah salah satu dari punca hormon yang tidak stabil.
  • Andai kata pasangan anda mempunyai masalah tersebut, sila lah rujuk kepada yang selayaknya tanpa melalukan eksperimen sendir atau hanya percaya dari bacaan pautan google.


Cara pencegahan masalah kulit :


  1. Menjaga pemakanan & juga menggunakan supplemen bagi membantu memulihkan masalah kulit.
  2. Mengkonsumsi makanan yang tinggi Vitamin C, Vitamin E dan juga supplemen khas untuk kulit.
  3. Menjaga rutin penjagaan kulit & merujuk kepada yang arif tentang produk yang sesuai untuk jenis kulit anda.
  4. Mencari produk yang tidak mengandungi bahan terlarang.
  5. Membuat rawatan spa kulit bagi mendapatkan pembersihn kulit yang menyeluruh.
  6. Berjumpa dengan doktor untuk menyelesaikan masalah hormon.
  7. Belajar menangani stress.
  8. Penggunaan sunscreen dalam kehidupan seharian.





Min nak kongsikan selain set rahmah vitamin kulit dari Shaklee, diatas adalah satu vitamin yang Min rasakan "power' dalam  membantu masalah kulit. Terhangat dipasaran pengguna Shaklee dan selalu "out of stock". Apa yang syok pasal vitamin E shaklee ni?

Haa, you all jangan taktau ye, pengambilan vitamin E dalam penggunaan harian ia memudarkan dan menghilangkan parut akibat luka, melecur, pembedahan dan kesan tinggalan jerawat. Vitamin E mampu mengurangkan kesan parut kerana ia berfungsi untuk membantu penghasilan kolagen, melindungi dan melawan serangan radikal bebas yang menghalang penyembuhan parut.






Combo penjagaan kulit yang mantap!

Kalau you all lihat gmbar yang tertera di atas, ini adalah vitamin kulit yang paling mantap jika you all nak dapatkan kesan yang lebih efektif. Dalam Esp Soy Protein shake ada mengandungi niacinamide yang sangat bagus untuk kulit. Niacinamide atau Nicotinamide juga berfungsi sebagai pelindung wajah selain menjaga kelembapan dan kekuatan kulit. Niacinamide terbukti membantu mencegah penuaan sebelum waktunya kerana bahan aktif yang terdapat padanya mampu menghalang proses itu termasuk akibat terdedah kepada cahaya matahari, pencemaran dan gaya hidup.

Ditambah pula dengan vitamin C, makin cepat nampak kesan nya nanti. Kebaikan Vitamin C untuk kecantikan dapat membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata. Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakan daripada terdedah kepada UV matahari. Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif. Mempercepatkan penyembuhan luka, ulser atau melecur.

Jadi korang tunggu apa lagi? Tak kan dah habis promo baru teringat nak order. Ingat ya, peluang rahmah datang sekali je. Sempat lagi ni kalau place order untuk dapat kulit cantik di hari raya 😍.

Meh Min layur lagi sekali official poster dari Shaklee.






Dah percaya tak? Kalau anda nak cuba, sila tinggalkan komen diruangan komen beserta nombor telefon anda atau boleh hubungi Min di 0136963018. Cepat grab tau sebelum terlambat!





Love's,
Min.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

HARI RAYA DENGAN SHAKLEE.

INSENTIF BERSAMA SHAKLEE BISNES.

TIPS KURUS TANPA TEKANAN. (Khas untuk beginner)