A life journey with Siti Aminah Ahmadi...


 


"Bismillahhirrahmanirrahim... dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang... Assalamualaikum buat semua bakal pembaca alam maya saya..."


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilhahi kerana Allah memberikan peluang untuk saya berkarya diruangan yang saya anggap seperti "diari digital" bagi meneruskan passion saya yang suka bercerita & menulis. Mudahan dengan ada nya ruangan ini dapat memberi manfaat buat kalian semua juga tidak lupa dapat memberi pengajaran buat saya kembali dari komen-komen yang bakal kalian kongsikan bersama saya kelak.

Izinkan saya membuat pengenalan akan siapa diri saya. Nama saya Siti Aminah Ahmadi, berumur 32 tahun, dan lahir pada tanggal 21 Februari 1991, hari Khamis jam 6.32 petang. (detail sangat 😁). Isteri kepada seorang suami yang penyayang, bukan lah seseorang yang seperti dalam bayangan penuh kesempurnaan, namun jodoh yang cukup baik Allah hadiahkan buat saya didunia ini untuk saling membimbing menuju akhirah yang abadi.

Saya mempunyai 3 orang anak, satu sudah menunggu saya disyurga dan 2 orang masih Allah pinjamkan buat saya dan suami untuk menemani kami di kehidupan di dunia ini. Anakanda yang sulong bernama Muhammad Aali & yang kedua Siti Khadijah. Berumur 5 tahun & juga 2 tahun.

Mempunyai kelulusan dalam jurusan perubatan akan tetapi peraturan Allah maha hebat bila mana sekarang ini saya bekerja di sektor "private servicing" serta mencari pendapatan sampingan bersama bisnes Shaklee. Tiada apa yang hebat tentang diri saya, cuma sekadar seorang manusia yang ingin berkongsi jatuh bangun dalam kehidupan harian berdasarkan pengalaman hidup yang telah saya tempuhi. Namun saya tetap yakin setiap manusia didunia ini punyai kelebihan yang dapat memberi manfaat buat semua. 

Kalian boleh panggil saya dengan panggilan "Min, Kak Min, Adik Min atau Min yang manis" hahahahah. Maaf ya, saya memang suka bergurau. 

Apa yang Min harapkan melalui penulisan ini adalah dapat memberikan banyak pendedahan serta ilmu yang sangat sedikit Min tahu buat bakal-bakal pembaca. Dan maafkan andai ada yang terkurang dari pihak Min di masa akan datang. Sama-sama lah kita berkongsi dan saling memberi manfaat antara satu sama lain.

Min bersifat sangat terbuka dalam menerima apa jua pandangan/teguran demi kebaikkan diri Min dan apa yang Min pinta, bila menegur jangan lah sampai menghina. Dipersilakan buat kalian semua untuk memberikan komen-komen yang membina, Min sangat hargainya.

Sekian dari Min, yang bercita-cita untuk memberi manfaat melalui penulisan alam maya Min dari hati yang tulus & ikhlas. 


Love's,

Min.




  

Comments

  1. Teruskan menulis Min. All the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyaAllah, terima kasih Master. Sy meneruskan impian menulis ini kerana ialah sebahagian dari diri arwah Mak sy. Semoga Allah sentiasa mengurniakan idea2 bernas untuk memberi manfaat pd smeua.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

INSENTIF BERSAMA SHAKLEE BISNES.

PROMO SET RAHMAH SHAKLEE!KULIT CANTIK & KULIT SIHAT!!! #VITAMINKULIT

TIPS KURUS TANPA TEKANAN. (Khas untuk beginner)