TIPS KURUS TANPA TEKANAN. (Khas untuk beginner)
Sejak pulang dari "work trip" bulan lepas, ramai cakap Min "slim" & tak nampak macam mengandung pun. Antara salah satu faktor mungkin sebab Min pakai serba hitam & pakai jacket serta loose shirt. Tapi.... ramai cakap kaki Min tu sendiri dah nampak Min jaga badan.
Hahahahaha macam-macam teori kurus korang kan? Sebenarnya Min bukan lah jaga atau berdisiplin sangat bab diet. Cuma selepas beberapa kali percubaan & join beberapa kali program detox under Shaklee, Min dapat cari cara yang bersesuaian dengan diri Min tanpa Min "stress".
Ada banyak je cara & berbagai tips kurus tapi anda semua kena tahu & cuba mana yang bersesuaian. Tak semua tips kurus korang boleh apply. Sebab setiap tubuh badan kita ni lain-lain kapasiti & berbeza tahap metabolisma dia. Jadi tengok orang buat jadi, kita paksa diri ikut, sudahnya tak jadi kita putus asa.
Sebelum nak ikut tips kurus dari orang lain, ada beberapa benda kita kena faham & cari sebab apa kita nak kena kurus.
PUNCA BERAT BADAN NAIK.
- Faktor genetik.
- Gaya hidup yang tidak sihat.
- Suka makan fast food.
- Kurang bersenam.
- Kesan daripada pengambilan ubat hormon.
- Tekanan hidup.
- "Binge" atau "Mindless eating".
- Pengambilan gula yang berlebihan.
- Kurang nutrisi.
Dalam banyak sebab & punca kat atas, korang yang mana satu? Bila dah faham & tahu apa punca berat badan naik, focus pada satu faktor itu dulu sebelum kejar part lain. Contoh untuk diri Min sendiri, Min sangat suka makan benda manis-manis. MIn suka desserts, dari cakes sampai lah ke cookies, termasuk lah segala jenis kuih yang berkenan di tekak.
Jadi bila Min dah mengandung balik, apa Min buat, Min kurangkan pengambilan makanan manis atas faktor Abah Min sendiri ada kencing manis & juga nak elakkan masalah GDM ketika mengandung. Setakat ini, alhamdulillah, masuk anak keempat, masih bebas dari masalah GDM. Bebas ke tak bebas tetap kena jaga makan apetah lagi ada nyawa yang Min bawak.
Bila mengandung ni Min senang sikit nak kawal makan, sebab ada banyak faktor untuk dijaga lagi-lagi kandungan berisiko. Tips kurus ni yang tak mengandung pun boleh ikut. Sebab sangat mudah, focus pada satu faktor je dulu. Kurang kan pengambilan makanan bergula.
Gula. Gula ni lah paling jahat, tanpa gula dalam dessert memang lah tawar hebeh. Dan kebanyakkan dessert di pasaran menggunakan gula putih yang diproses. Lagi lah berganda jahat dia pada tubuh badan. Ada juga sesetengah penjual dessert meggunakan gula premium seperti brown sugar atau gula nisang. Gula-gula organik seperti ini tak berapa mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan kita. Jadi untuk mengelakkan berat badan ni senang naik, mula-mula kurangkan pengambilan makanan bergula & minuman bergula. Kurangkan, bukan stop terus.
Kalau tiba-tiba je kita stop ambil gula, nanti badan kita cepat hypo. Terkejut beruk orang panggil. Sebab tak bagi warning dulu pada badan yang dah terbiasa dengan kemanisan. Silap hari boleh pengsan sebab hypo.
Andai kata sebelum ni kita makan dessert 3 kali, cuba kurang kepada 2, 1 dan seterusnya selang seli & akan datang bila terasa je baru nak.
Haa begitulah. Buat apa-apa jangan paksa & jangan mengejut. Tak percaya, korang cuba tips kurus ni dulu. Tips kurus yang paling mudah & paling cepat berkesan. Bila dah master bab ni, in shaa Allah yang lain tu senang je nak buat.
Ohh, tidak lupa juga, pengambilan supplement yang betul juga membantu mengawal "craving" yang melampau. Gula yang jahat ni tadi dah makan segala nutirisi badan kita yang baik. Bila sistem badan tidak berfungsi dengan baik ia akan memberi kesan kepada gaya pemakanan kita. Majoriti nya memang akan craving benda manis untuk melampiaskn nafsu makan diorang.
Bantuan dari supplement memang salah satu cara yang baik untuk support tubuh badan kita bagi mengadaptasi situasi bila mana badan kita dah makin berkurang dengan gula-gula jahat. Bila kita dapat kurangkan, badan kita akan membakar segala apa sisa gula dalam badan kita yang ada sebelum ni untuk hasilkan tenaga. Supplement juga bertindak sebagai support system untuk membuat pembakaran maksimum dalam badan untuk bantu utilize sisa gula tu tadi.
Kalau korang takda supplement lagi pun takpa, janji cuba konsisten dengan tips kurus ni. Macam Min, sebelum ni taktau, dah tahu memang Min akan back up dengan supplement untuk lebih efektif. Dan supplement Min guna tentulah Shaklee.
Ehehe.. jadi korang cuba tips kurus ni, kalau menjadi boleh share dekat comment section. Akan datang Min akan cover punca lain berat badan naik.
Semoga membantu & memberi manfaat pada semua ya!
Love's,
Min.
Your Trusted SID Shaklee
Siti Aminah Ahmadi
ID: 1374119
Whatsapp : +60136963018
#JutawanBlogger
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeJB
Comments
Post a Comment