Unconditional, unconditionally love, is not unconditional tolerance...


 

" Never stop giving... Even if they're not worth receiving. You're giving outh to be unconditional, just like Allah gives you unconditionally. Allah gives you when you're worthy of receiving & when you're not worthy of receiving. And He asks you to give to those who are worthy of receiving. And those who are not worthy of receiving. And if you withhold, you'll be withheld from. The Prophet s.a.w says, connect those who sever you, and give those who deprive you. The prophetic point and quranic push as if you are good to those who are good to you, then what good are you? "


Assalamualaikum & salam sejahtera buat pembaca tersayang.. MasyaAllah, hari ini adalah hari yang penuh tanda tanya & sarat dengan emosi. Pagi ini hati sedikit tersentak apabila ada satu video yang lalu di instagram Min tentang memberikan sesuatu tanpa syarat, tanpa limit, sebaik & sebanyak mungkin. Terutama buat mereka yang kita rasa tidak layak atau tidak lagi layak mendapat layanan yang baik dari kita. 

Bunyi sangat payah & berat untuk dilakukan, kan? Ini berpunca dari emosi ketakutan yang bila mana "serik" untuk berbuat baik lagi. Bukan membenci tapi lebih kepada membawa diri. Enough is enough, bak kata omputih kan? Hehe.

Begitulah yang Min rasakan setelah melalui beberapa episod penganiayaan dan tikam menikam sesama sendiri. Walhal, pegangan yang Min cuba tegakkan selama ini salah cara, salah konsep & sedikit salah fahaman. Ia tidak merugikan Min sebab Min cuma set boundaries untuk tidak terluka tapi bukan yang sepatutnya atau yang terbaik untuk Min buat.

Tak salah Min buat tapi bukan yang terbaik untuk Min praktiskan, macam mana tu eh? Tak berdosa tapi tak dapat pahala... Hmm... Begitu syulit...

Seharian Min fikir betul atau tidak tindak tanduk Min selama beberapa bulan selepas kejadian tu. Min buat keputusan bersandarkan pada satu kata-kata dari Mufti Ismail Menk yang bila mana "Allah faham dan tidak akan marah jika kita cuba menjauhkan diri kita dari perkara yang boleh jejaskan kesihatan mental & fizikal kita". Mufti Ismail Menk tak cakap macam ni lah, but dari makna ayat beliau sebegitulah penjelasannya. 

Bila kita tak ambil the whole context of the video, dan tidak refer pada yang arif, kita akan buat assumption sendiri... Silap Min, sebab itu yang Min buat atas dasar "aku rasa aku dah cukup teraniaya"... dan sedapkan hati sendiri 😔

Sehinggalah video tu lalu di IG Min pagi tadi, entah kenapa hati ni rasa tersentap sangat, rasa macam yang apa Min buat ni salah. Ini bukan diri Min.. Padahal Min tak buat salah. But knowing that you still have the best option untuk buat, terus dia jadi macam sedih... 

Serabut sangat fikir....

Until.... I meet the rest of them, yang buat Min rasa macamtu harini... berbuka bersama-sama & still doing it because of my loved ones. Bila Min lihat orang yang Min pernah sayang sepenuh hati selepas arwah Mak, berada dalam keadaan their lowest point of their life, hati ni terus meruntun. Meruntun yang teramat sangat.. But masih ego, and still hold the grudges, sebab takut teraniaya dengan perasan over loving, over caring & over protective.. 

Padahal, dipermulaannya kesilapan yang "over-over' adalah dari Min. Bila tidak mencapai expectation level kita & ada sedikit salah faham, dan berulang kali berlaku, Min terus jadi serik...

Sedangkan, sedangkan Allah bagi kita serba serbi atas dunia tanpa had & limit walaupun Allah tidak pernah menganiaya kita sesaat pun, sama ada orang tu layak atau tidak Allah tetap bagi. Seperti contoh, udara yang kita hirup setiap detik, cahaya matahari yang Allah pinjamkan buat sealam semesta, dan dikalangan yang Allah bagi pinjaman itu, terselit manusia-manusia yang tidak layak untuk merasai nikmat tersebut. 

But still, Allah gives us unconditionally even if we're not worthy of receiving.. 😭

Sedih kan, bila hati kita terjentik dengan beberapa ujian perasaan, terus give up, taknak terus berbuat baik just because our emotional matter the most.

Allah bagi semuanya pada kita walaupun kita culas solat, culas tanggungjawab pada Mak, Ayah, tak amanah dengan Allah, tetap, tetap Allah bagi kita rasai nikmat tu sepuasnya..

Bayangkan kita hidup tanpa udara.. Bila batuk pun dah mencungap ini kan tiada udara lansung..

Allah tetap bagi walau serimbun dosa kita pada dia, Allah tetap bagi kita udara tu..

Nabi Muhammad s.a.w tetap berbaik dengan semua umat, walau diuji, dikeji, dihina, dianiaya dan malah berkali-kali beliau cuba dibunuh, tapi tetap beliau berbuat baik tanpa syarat..

Akan tetapi, disebalik kasih sayang Allah & Nabi Muhammad s.a.w yang tanpa syarat itu.. ia tidak bermakna tiada syarat juga dalam toleransi.. Allah tidak bertoleransi pada mereka yang berterusan melakukan kemurkaan..

Mereka yang berdosa akan menerima dihari pengadilan..

Apa yang Min cuba sampaikan disini, waima sebesar dunia kita diuji, jangan pernah berhenti berbuat baik, mahupun siapa dia dan jahat mana pun dia. Setiap manusia layak mendapatkan kebaikkan dan bukan tugas kita untuk tidak memberikan kebaikkan. Tiada istilah "rugi buat baik".  Buat baik won't cost you any single penny.. malah you yang dapat reward by the end of the day dari Allah.

Pandangan Allah itu maha lebih hebat untuk kita jaga, bukan pandangan manusia yang merasakan kita bodoh berbuat baik selepas dianiaya...

How clueless I am sebelum ni, tapi bila you cari hidayah dari Allah, Allah akan jentik hati you dan bagitahu apa yang you dah buat selama ni bukan lah jalan terbaik walaupun macam tidak berdosa.

Indirectly, bila Min over controlling myself untuk tak buat baik sangat, Min sebenarnya melukakan hati mereka juga, sedikit sebanyak dah berdosa pun..

Mengelirukan, tapi itulah yang terjadi..

In shaa Allah, Min akan cuba yang terbaik dan istiqamah untuk terus berbuat baik buat semua didunia ini...

Unconditional tolerance... wrong is still wrong, berbuat baik pada orang yang menganiaya you, by helping them realize that they should stop doing that, and you help them to stop doing it, continuously support them.

In a loving manner...

MasyaAllah, indah kan? 

It makes no sense, you act nice to those who are already nice to you, but not to those who betray you?

Apa kebaikkan yang kita buat sebenarnya kan?

Pedih? 

Yes, memang pedih.. sebab itulah syurga itu sangat mahal.

Kerana berbuat baik itulah bukan lah pada orang yang layak menerimanya, tapi pada orang yang tidak layak menerimanya.

Sayang dan berbuat baik tanpa syarat..

Terimalah coretan ikhlas dari hati ini dan mohon maaf atas segala kekurangan 💓

Semoga sharing ini memberi manfaat buat kalian semua.


Love's

Min.











 

Comments

Popular posts from this blog

INSENTIF BERSAMA SHAKLEE BISNES.

PROMO SET RAHMAH SHAKLEE!KULIT CANTIK & KULIT SIHAT!!! #VITAMINKULIT

TIPS KURUS TANPA TEKANAN. (Khas untuk beginner)